JUIL NUATIM

Percubaan kali pertama Datuk Juil Nuatim merebut Dewan Undangan Negeri (DUN) Limbahau, di bawah Parlimen Papar, Sabah membawa kemenangan besar setelah berjaya meruntuhkan kubu kuat Barisan Nasional yang menguasai kerusi itu selama empat penggal.

Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) DUN Sabah Ke-16, Juil yang bertanding atas tiket Warisan Plus menang dengan memperoleh undi 5,194.

Berhadapan dengan pertembungan lapan penjuru, beliau berjaya mengalahkan calon daripada Parti Bersatu Sabah (PBS), Juani@Johnny Mositun (2,671) dengan kelebihan undi 
2,523.

Antara yang turut bertanding calon Parti Liberal Demokratik (LDP) Cornelius Frederick@Michael FJ Sulip (473); calon Bebas Laurence Onjuman (354) dan calon Parti Cinta Sabah (PCS) Aubrey G Sham (249).

Beliau merupakan Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Sabah. 

Pencapaian
Kerjaya:
  • Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Limbahau
  • Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Sabah. 
  • Timbalan Presiden KDM
Penglibatan Politik
Parti Gabungan: WARISAN Plus
Parti: WARISAN
Pilihan Raya Umum Terbaru: PRN DUN Sabah 16

Kerusi Bertanding PARLIMEN: Tiada
Kerusi Bertanding DUN:
  • PRN DUN Sabah 16- P175 Papar N27 Limbahau