UTOH RAKAM SIJIM

Maklumat Diri
Asal
Kampung Berungis, Tuaran
Tarikh lahir
25/2/1954

Rakam Sijim dilahirkan pada 25 Februari 1954 di Kampung Berungis Tuaran. 

Walaupun lebih dikenali sebagai ahli politik, Ketua Bahagian Warisan Tuaran pernah menyandang Naib Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) dari tahun 2000 hingga 2013, tetapi beliau juga adalah seorang ahli sukan tenis yang disegani dan pernah mengharumkan nama Sabah. 

Pernah mewakili Negeri dalam sukan Tenis 1988 hingga 1989.

Beliau juga mewakili Kota Kinabalu dari tahun 1987 hingga 1991 ke Kejohanan Tenis Antara Gabungan SLTA. 

Selain itu, beliau pernah menjadi Penolong Pengurus Pasukan Sabah dalam Kejohanan Remaja Antarabangsa Brunei pada 1987, dan Pengurus Pasukan Sabah ke Kejohanan Tenis Remaja Antarabangsa Filipina pada 1986. (Sumber: abdnaddin blogspot.com)

Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah kali ini beliau bertanding di DUN Pantai Dalit mewakili Parti Warisan Sabah (Warisan) dalam pertemuan lapan penjuru.

Calon lain yang bertanding ialah Matbee @ Matbeh Ismail dari Parti Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (USNO); Jasnih Daya (BN); Awil Kamsari (Gagasan); Rusdi Saelih (LDP); Peter Pikul (Bebas); Johan Jahid (Bebas) dan Muhamad Amirul Amin (PCS).

Pantai Dalit adalah Dewan Undangan Negeri (DUN) Baharu dengan 15,091 jumlah pengundi bagi 2020.

Pencapaian
Kerjaya:
  • Pegawai Khas Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Malaysia (2008-2013)
  • Ahli Majlis Daerah Tuaran (2006-2009)
  • Ahli Naziran Peringkat Negeri Sabah , Majlis Latihan Khidmat Negara (2005-2008)
  • Pengurus BesarLembaha Pertubuhan Peladang Sabah (1993)
  • Pegawai Pertanian, Jabatan Pertanian Sabah (1982-1993)
  • Pegawai Padi Kanan Lembaga Padi Sabah (1976-1982) 

Jawatan dalam parti:

  • Ketua Bahagian PBS Sulaman (2013 hingga kini) 
  • Ahli Majlis Tertinggi PBS (2013 hingga kini)
  • Naib Presiden PBS (2000-2013)
  • AJK Jentera Pilihanraya BN Tuaran (2008, 2013)
  • AJK Jentera Pilihanraya Barisan Nasional (BN) (2004)
  • Penyelaras PBS DUN Likas (2002)
  • Penyelaras BN DUN Tuaran (2002) 
  • Calon PBS DUN Sulaman (1999)

Anugerah:

  • Johan Setia Mahkota (2010)
  • Ahli Setia Darjah Kinabalu (2002)
  • Bintang Setia Kinabalu (1996)
Pendidikan:
  • Sarjana Pentadbiran Perniagaan, Universiti Terbuka Malaysia 
  • Sarjana Muda Sains Perniagaan Tani, Universiti Putra Malaysia (UPM) (1979)
  • Diploma Lanjutan Pengurusan Perniagaan dalam Industri Makanan dan Agrikultur, Royal Agriculture College, United Kingdom
  • Diploma Pertanian, UPM (1972-1975)
  • SMK Tamparuli (1966-1971)
  • SRK Mengkabong, Tuaran (1961-1965)
Penglibatan Politik
Manifesto:
Parti Gabungan: WARISAN Plus
Parti: WARISAN
Pilihan Raya Umum Terbaru: PRN DUN Sabah 16

Kerusi Bertanding PARLIMEN: Tiada
Kerusi Bertanding DUN:
  • PRN DUN Sabah 16- P170 Tuaran N13 Pantai Dalit