Abdul Bahkrin Mohd Yusof atau lebih dikenali cikgu Bakhrin adalah calon Parti Warisan Plus berdepan 'pemimpin otai' seperti Datuk Seri Salleh Tun Said pada pertembungan tiga penjuru di Dewan Undangan Negeri (DUN) Usukan.
Beliau berasal dari Kampung Lebak Moyoh merupakan mantan pegawai pendidikan daerah Kota Belud.
Graduan Universiti Islam Antarabangsa pernah menerima anugerah tokoh Maulidur Rasul pada 2018 dan tokoh kepimpinan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Kota Belud pada tahun 2019.
Anak jati Usukan yakin akan membawa kemenangan di kerusi DUN Usukan selepas melihat sejarah kemenangan calon Warisan Isnaraissah Munirah pada Pilihan Raya Umum ke 14 menewaskan Salleh Said Keruak dari Barisan Nasional di Parlimen Kota Belud.