SHAHELMEY YAHYA

Shahelmey Yahya sah memenangi kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15). Menurut keputusan rasmi, beliau yang juga penyandang Parlimen Putatan meraih 16,234 undi meninggalkan pencabarnya yang lain dengan majoriti undi sebanyak 124.

Ir. Shahelmey Yahya pernah menjadi Ketua Pemuda UMNO Bahagian Putatan pada 2004 hingga 2018.

Beliau merupakan seorang jurutera perunding dan mempunyai Sarjana Pentadbiran Perniagaan dari UiTM.

Pernah menuntut di University of Bristol, United Kingdom pada 1995 dalam bidang Kejuruteraan Awam.

Berasal dari Kampung Sipanggil, Putatan, beliau mempunyai empat cahaya mata dan tahun 2020 merupakan titik permulaan untuk beliau lebih serius dalam politik setelah dicalonkan bertanding di kerusi Tanjung Keramat, Putatan.

Bapa beliau, Okk Yahya Ahmad Shah adalah mantan Ketua Daerah Putatan manakala ibunya Halimah Mohd Yusop, pesara guru.

Pencapaian
Kerjaya:
  • Ahli Parlimen Putatan (2022)
  • Pengarah Urusan (kini), PS Consulting Engineers Sdn Bhd
  • Pengarah Urusan/Ketua Pegawai Eksekutif, Borneo Highway PHP Sdn Bhd (2016-2018)
  • Ahli Perbadanan Sabah Credit Corporation (2005-2017)
  • Ahli Majlis, Majlis Daerah Putatan (2009-2013) 
Pendidikan:
  • Sarjana Pentadbiran Perniagaan, UiTM (2002-2004)
  • Sarjana Muda (Kepujian) Kejuruteraan Awam, University of Bristol, United Kingdom (1992-1995)
  • Maktab Sabah, Sembulan (1085-1989)
  • Sekolah Kebangsaan Tansau, Ketiau (1984)
Penglibatan Politik
Manifesto:
Parti Gabungan: Barisan Nasional
Parti: UMNO
Pilihan Raya Umum Terbaru: PRU15

Kerusi Bertanding PARLIMEN:
  • PRU15- P173 Putatan

Kerusi Bertanding DUN:
  • PRN DUN Sabah 16- P173 Putatan N24 Tanjung Keramat