SUFIAN ABDUL KARIM

Sufian Abdul Karim antara muka baharu yang dicalonkan pada PRN Sabah kali ke-16 bagi DUN Pitas di bawah Parlimen Kudat.

Anak jati Pitas ini dari suku kaum Banjar-Sungai dan merupakan seorang ahli perniagaan.

Beliau dilantik menjadi Naib Ketua Pemuda UMNO Sabah pada 2019 hingga kini.

Dilahirkan pada 4 September 1984 menjadikan beliau antara calon muda yang bersaing dalam PRN Sabah ke-16.

Pencapaian
Kerjaya:
  • Naib Ketua Pemuda UMNO Sabah (2019 hingga kini)
  • Ketua Pemuda UMNO Kudat (2018 hingga kini)
  • AJK Pemuda UMNO Kudat (2017-2018)

Penglibatan dalam NGO:

  • Timbalan Presiden Pitas Bikers Club
Pendidikan:
  • Sekolah Menengah Teknik Kudat
  • Sekolah Menengah Kebangsaan Pinggan-Pinggan, Pitas
  • Sekolah Kebangsaan Rosob, Pitas
Penglibatan Politik
Manifesto:
Parti Gabungan: Barisan Nasional
Parti: UMNO
Pilihan Raya Umum Terbaru: PRN DUN Sabah 16

Kerusi Bertanding PARLIMEN: Tiada
Kerusi Bertanding DUN:
  • PRN DUN Sabah 16- P167 Kudat N3 Pitas