Mohd Arsad Bistari berusia 45 tahun merupakan seorang usahawan kini diberi kepercayaan oleh Parti Barisan Nasional bertanding di DUN Tempasuk dengan pertembungan lima penjuru pada Pilihan Raya Negeri Sabah kali ini.
Beliau merupakan graduan Institusi Usahawan Muda Malaysia juga adalah Ketua Penerangan UMNO Sabah pada 2013 dan pernah menggalas tanggungjawab sebagai Ketua Pemuda UMNO Kota Belud pada 2013.