HARUN DURABI

Maklumat Diri
Telefon
0109415123/0135506392
Asal
Kampung Kusilad, Pitas
Tarikh lahir
1/11/1963
Pasangan
Norhaida@Rahimah Kili@Muslim

Harun Durani merupakan pesara guru dan pernah menjadi guru besar di beberapa sekolah termasuk Sekolah Kebangsaan (SK) Pekan Pitas II, Sabah.

Isteri beliau seorang pembantu tadbir di Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat Kawasan Pitas.

Cikgu Harun antara muka baharu yang dicalonkan Barisan Nasional untuk bertanding di kerusi DUN Bengkoka di bawah Parlimen Kudat pada PRN Sabah ke-16.

Pada 2012 beliau dianugerahkan pingat Ahli Mangku Negara.

Menariknya, Cikgu Harun boleh bertutur dalam beberapa bahasa suku orang asli Sabah, antaranya bahasa Sungai, Rungus dan Kimaragang.

Kebolehan itu disebabkan nenek sebelah ayah beliau berketurunan suku Kimaragang manakala datuk sebelah ibunya berketurunan Sungai Bengkoka.

Pencapaian
Kerjaya:
  • Guru Besar SK Pekan Pitas II (Januari 2015-15 Mei 2017)
  • Guru Besar SK Kusilad, Pitas (Januari 2012-Disember 2011)
  • Guru Besar SK Dandun, Pitas (Ogos 1998-Disember 2011)
  • Pegawai Penyelaras Pusat Kegiatan Guru Daerah Pitas (Januari 1997-Julai 1998)
  • Guru Besar SK Nibang, Pitas (Januari 1991-Disember 1996)
  • Guru Pendidikan Khas SK Pekan, Pitas (Januari 1990-Disember 1990)
  • Guru Penolong Kanan SK Dandun, Pitas (Januari 1989-Disember 1989)
  • Guru Penolong SK Pantai, Pitas (Januari 1987-Disember 1987)

Jawatan dalam parti:

  • AJK Bahagian UMNO Kudat (2019 hingga kini)
  • Ketua Cawangan UMNO Kampung Pondoi (2013)
  • AJK Bahagian UMNO Kudat (2013)
  • Naib Ketua Bahagian UMNO Kudat (2008-2013)
  • AJK Bahagian UMNO Kudat (2004-2008)
  • Naib Ketua Pemuda Bahagian UMNO Kudat (2000-2004)
  • AJK Pemuda Bahagian UMNO Kudat (1995-2000)

Penglibatan dalam NGO:

  • Naib Presiden, Persatuan Etnik Bangsa Sungai Negeri Sabah (PSBS)
  • Pengerusi, Persatuan Bangsa Sungai Pitas

Pingat:

  • Ahli Mangku Negara (AMN) - 2012
  • Bintang setia Kinabalu (BSK) - 2005

Anugerah:

  • Anugerah Maal Hijrah, Peringkat Daerah Pitas (2 Januari 2012)
  • Anugerah Khas (Tawaran Baharu kepada Pengetua dan Guru Besar, NKRA - Pendidikan) (2 Februari 2012)
  • Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Guru Besar Peringkat Negeri Sabah (2 Mac 2002)
Pendidikan:
  • Diploma Pengurusan Perniagaan 
  • Diploma Perguruan (1984-1986)
Penglibatan Politik
Manifesto:
Parti Gabungan: Barisan Nasional
Parti: UMNO
Pilihan Raya Umum Terbaru: PRN DUN Sabah 16

Kerusi Bertanding PARLIMEN: Tiada
Kerusi Bertanding DUN:
  • PRN DUN Sabah 16- P167 Kudat N2 Bengkoka