Tengku Zainal Hisham Tengku Hussin merupakan calon bebas yang bertanding bagi kerusi Parlimen N21 Peramu Jaya pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-15 dan sebelum ini pernah menjadi adalah calon Bebas bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) N23 Chini, Pahang pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-14.
Menurutnya, walaupun ada parti politik menawarkan supaya dia bertanding atas tiket parti lain pada PRU15, anak jati Pekan itu lebih memilih untuk bertanding sebagai calon Bebas.
"Parti-parti politik sekarang bercelaru, berkecamuk dan bertelagah sesama sendiri jadi lebih baik kali ini saya bertanding di dua kerusi itu sebagai calon Bebas".
Beliau juga pernah bertugas sebagai Aide De Camp (ADC) Tentera kepada KDYMM Sultan Pahang.
Selain itu, antara jawatan yang pernah disandang dalam politik adalah Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Tengku Datuk Hisham 4B, Pahang dan Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Al-Ehsan, Pahang.