MOHD SHARIM MD ZAIN

Maklumat Diri
Pasangan
Norhiliyana Abd Hamid
Anak
5

Mohd Sharim Md Zain merupakan calon Barisan Nasional mewakili Parti UMNO bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) N23 Chini, Pahang pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-15 menang 10,588 undian dengan majoriti undi sebanyak 2,125.

Mohd Sharim bin Md Zain ialah seorang ahli politik Malaysia dan berkhidmat sebagai ahli Dewan Undangan Negeri untuk Chini.

Beliau menyertai UMNO dan berkhidmat sebagai pegawai kepada pendahulunya, Abu Bakar Harun yang merupakan ADUN Chini.

Pada Julai 2020, Mohd Sharim pertama kali bertanding untuk menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (MLA) dalam pilihan raya kecil Chini. Pemilihan itu diadakan berikutan kematian penyandang Ahli Dewan Undangan Negeri (MLA) daripada Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO), Abu Bakar Harun pada 7 Mei lalu yang memegang kerusi itu sejak 2004.

Beliau kini memegang jawatan sebagai Ahli Jawatankuasa UMNO Pekan serta Ketua Pemuda UMNO Cawangan FELDA Chini 3

Beliau pernah bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) N23 Chini, Pahang pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-14.

Beliau merupakan anak Peneroka dan generasi kedua.

Pencapaian
Kerjaya:
  • Usahawan
  • Pegawai Khas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chini
  • Pegawai Koperasi Majlis Belia Felda Malaysia

Jawatan dalam parti:

  • Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Pekan

Jawatan dalam agensi kerajaan:

  • Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chini

Jawatan dalam pertubuhan bukan kerajaan:

  • Naib Presiden Majlis Belia Pahang
  • Pengerusi Majlis Belia Felda Wilayah  Kuantan
Pendidikan:
  • Sekolah Menengah Chini
Penglibatan Politik
Manifesto:
Parti Gabungan: Barisan Nasional
Parti: UMNO
Pilihan Raya Umum Terbaru: PRU15

Kerusi Bertanding PARLIMEN: Tiada
Kerusi Bertanding DUN:
  • PRU14- P85 Pekan N23 Chini
  • PRU15- P85 Pekan N23 Chini