Vivian Wong Shir Yee sah memenangi kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15). Menurut keputusan rasmi, beliau yang juga penyandang Parlimen Sandakan meraih 16,673 undi meninggalkan pencabarnya yang lain dengan majoriti undi sebanyak 11,031.
Vivian Wong Shir Yee adalah Ahli Parlimen Sandakan dari 2019 dari Parti Tindakan Demokratik (DAP) dalam gabungan Pakatan Harapan (PH).
Merupakan anak bongsu dari Datuk Stephen Wong Tien Fatt, bekas Ahli Parlimen Sandakan (2013-2019) dan Menteri Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat Sabah (2018-2019).
Beliau telah menjadi ahli aktif dalam DAP bersama ayahnya sejak 2012 dan sebelumnya bekerja sebagai pembantu khas ayahnya di kementeriannya.
Vivian terpilih bertanding ke Parlimen Sandakan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Sandakan 2019 setelah kerusi kosong akibat kematian ayahnya secara tiba-tiba kerana serangan jantung yang juga merupakan penyandangnya.
Vivian menang dengan 16,012 undi daripada 21,595 undi dengan majoriti 11,521 undi.