Meskipun pertama kali bertanding di DUN Semenyih pada Pilihan Raya Kecil (PKR) pada 2019, Zakaria Hanafi berjaya menawan kembali kerusi DUN itu selepas meraih 19,780 undi menewaskan tiga lagi pencabarnya.
Zakaria, yang berasal dari Kampung Sesapan Kelubi, Beranang menewaskan calon Pakatan Harapan (PH), Mohammad Aiman Zainali yang memperoleh 17,866 undi, sementara calon Parti Sosialis Malaysia (PSM), Nik Aziz Afiq Abdul (847 undi) dan calon Bebas, Kuan Chee Heng atau ‘Uncle Kentang’ memperoleh 725 undi.
Namun BN memperoleh kemenangan pada PRK kali ini, dengan majoriti undi lebih sedikit iaitu 1,914 undi berbanding diperoleh penyandang terdahulu, Allahyarham Bakhtiar Mohd Nor, dengan 8,964 undi yang mewakili PH ketika Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) Mei tahun lalu.
Penglibatan aktif Zakaria dengan aktiviti surau dan masjid di Semenyih, menyebabkan dirinya amat dikenali oleh penduduk tempatan.
ARTIKEL BERKAITAN:
Zakaria Hanafi calon BN PRK Semenyih
Kini masa selesai masalah rakyat: Zakaria
Peluang BN kini capai 60 peratus: Zakaria