RAMLI MOHD NOR

Maklumat Diri
Asal
Kampung Orang Asli Batu 12, Jalan Pahang, Gombak
Tarikh lahir
1/10/1958

Walaupun berhadapan dengan pertembungan empat penjuru selain pertama kali bertanding di kerusi Parlimen Cameron Highlands, Pahang, Ramli Mohd Nor masih berjaya mengekalkan benteng pertahanan Barisan Nasional pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Lebih menarik, beliau mencipta sejarah negara apabila menjadi orang asal pertama terpilih sebagai Ahli Parlimen, Ramli menang dengan mendapat 12,038 undian ketika menentang Manogaran a/l Marimuthu daripada Pakatan Harapan (PH) yang mendapat 10,307 undi. 

Majoriti undi yang diperoleh sebanyak 1,731.

Turut bertanding dua calon Bebas Sallehudin Ab Talib dengan 314 undi dan Wong Seng Yee (276).

Ramli dilahirkan di Penempatan Orang Asli Batu 12, Jalan Pahang, Gombak, Selangor pada tahun 1958.

Bapanya berketurunan orang asal daripada suku kaum Semai, Cameron Highland, Pahang manakala ibunya daripada suku kaum Termiar dari Gua Musang, Kelantan.

Pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-15, Ramli Mohd Nor yang merupakan calon UMNO bertanding bagi kerusi Parlimen P78 Cameron Highlands menang dengan mendapat 16,120 undian ketika menentang Chiong Yoke Kong dari Pakatan Harapan dan Abdul Rasid dari Perikatan Nasional dengan majoriti undi sebanyak 4,544. 

Pencapaian
Kerjaya:
  • Ahli Parlimen Cameron Highland (2019 hingga kini)

Penglibatan Badan Bukan Kerajaan:

  • Bendahari Persatuan Orang Asli Semenanjung Malaysia (POASM)
  • Ahli Jawatankuasa Kerja Jabatan Kemajuan Orang Asli Malaysia (JKOAM)

Anugerah:

  • Bintang Panglima Pasukan Polis (Pg.PP) Anugerah oleh Yang di-Pertuan Agong
  • Pingat Peringatan Jasa Pahlawan Negara (PJPN) Anugerah oleh Ketua Polis Negara
Pendidikan:
  • Sarjana Pentadbiran Awam Universiti Terbuka Malaysia (OUM)
  • Diploma Sains Kepolisan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
Penglibatan Politik
Manifesto:
Parti Gabungan: Barisan Nasional
Parti: UMNO
Pilihan Raya Umum Terbaru: PRU15

Kerusi Bertanding PARLIMEN:
  • PRU14- P78 Cameron Highlands
  • PRU15- P78 Cameron Highlands

Kerusi Bertanding DUN: Tiada

Video Berkaitan RAMLI MOHD NOR