Senator Muhammad Zahid bin Mat Arip ialah seorang Ahli Dewan Negara Malaysia dan merupakan mantan Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad bersama Abu Bakar Yahya dan Datuk Mohamad Nuhairi Tan Sri Rahmat.
Beliau juga merupakan Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu)
Beliau merupakan cucu kepada bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Tun Abdul Ghafar bin Baba. Bapa saudara beliau ialah Tamrin bin Abdul Ghafar yang satu ketika dahulu aktif dalam Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) dan kemudiannya beralih kepada Parti Islam Se-Malaysia (PAS).
Beliau ialah bekas ahli UMNO sebelum menyertai BERSATU. Setelah menyertai Bersatu. Beliau telah dilantik sebagai Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi parti tersebut.
Pada Pilihan raya umum Malaysia 2018, beliau telah bertanding ke kerusi Parlimen Pekan, namun tewas kepada penyandang kerusi tersebut iaitu Najib Razak