AIREROSHAIRI ROSLAN

Maklumat Diri
Telefon
014-8071036
Asal
Mentakab
Tarikh lahir
11/7/1982
Pasangan
Siti Norsiah Ramli

Bekas Timbalan Ketua Pemuda Pas Pahang, Aireroshairi Roslan dipilih sebagai Ketua Pemuda Pas Pahang yang baharu pada Muktamar Dewan Pemuda Pas Pahang Ke-39. Beliau dipilih sebulat suara bagi menggantikan penyandangnya, Mohd Zakhwan Ahmad Badarddin yang melepasi usia pemuda.

Menurut Aireroshairi, ummah mesti bersatu demi membawa Malaysia kepada ke arah yang lebih baik dengan berpegang kepada muafakat membawa berkat. Beliau turut berpesan agar semua Pemuda Pas dapat memberikan fokus dengan program tarbiah dan majlis ilmu.

Selain itu,beliau adalah calon Pas yang bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri N28 Kerdau, Pahang pada PRU-14. Beliau merupakan exco pemuda Pas negeri Pahang dan seorang guru KAFA.

Kini, beliau merupakan calon Perikatan Nasional (PS) bertanding bagi kerusi Parlimen P84 Paya Besar pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-15 dicabar oleh Datuk Indera Mohd Shahar Abdullah, calon Barisan Nasional (UMNO), Ahmad Azam Mohamad Salleh calon Pakatan Harapan (Amanah) dan Rosminahar Mohd Amin, calon Gerakan Tanah Air (Pejuang). 

Pencapaian
Kerjaya:
  • Personaliti TV Al-Hijrah
  • Pengurusi Institusi Tahfiz Turath Al Banna
  • Guru KAFA SK Gunung Senyum
  • Pengkuliah Bridget Majlis Agama Islam Daerah Jerantut
  • Pengkuliah Tafaqquh Fiddin Majlis Agama Islam Daerah Jengka
  • Pengerusi Seri Tahfiz Al-Banna, Bandar Pusat Jengka
  • Pengerusi Maahad Tahfiz Al-Banna, Pulau Raya

Jawatan Dalam Parti:

  • Ketua PEMUDA Dewan Pemuda PAS Negeri Pahang (2021)
  • AJK PAS Kawasan Kuala Krau (2021)
  • AJK Dewan Pemuda PAS Kawasan Kuala Krau (2021)
  • Timbalan Ketua Pemuda Dewan Pemuda PAS Negeri Pahang (2019)
  • Timbalan Ketua Pemuda Dewan Pemuda PAS Kawasan Kuala Krau & Ketua Sektor Tanggungjawab Sosial & Kemasyarakatan (2019)
  • Ketua Pemuda Dewan Pemuda PAS Kawasan Kuala Krau & Ketua Lajnah Politik & Organisasi Dewan Pemuda PAS Kawasan Kuala Krau (2017)
  • Timbalan Ketua Pemuda Dewan Pemuda PAS Kawasan Kuala Krau  & Ketua Lajnah Tarbiyah DPPK Kuala Krau (2015)
  • Pengerusi PASTI Dewan Pemuda PAS Kawasan Kuala Krau (2010)
  • AJK Dewan Pemuda PAS Kawasan Kuala Krau (2009)

Badan Bukan Kerajaan:

  • Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Masjid Kampung Purun 
  • Pengerusi NGO Kerdau Prihatin
Pendidikan:
  • Pondok Purun (8 Tahun)
  • UTM KL Jalan Semarak (Kejuruteraan)
  • Diploma Pengurusan Teknologi
  • Sekolah Menengah Agama Al-Wosto Berhala Gantang
  • Sekolah Rendah Kebangsaan Paya Ara
  • Sekolah Rendah Bandar Temerloh
Penglibatan Politik
Manifesto:
Parti Gabungan: Parti Perikatan Nasional
Parti: PAS
Pilihan Raya Umum Terbaru: PRU15

Kerusi Bertanding PARLIMEN:
  • PRU15- P84 Paya Besar

Kerusi Bertanding DUN:
  • PRU14- P87 Kuala Krau N28 Kerdau