Bekas Ketua Pengarang Berita TV3 itu bertanding di dua buah kerusi iaitu Parlimen Temerloh (P.088) dan Dewan Undangan Negeri (DUN) N31 Lanchang untuk Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-14. kali ini atas tiket calon Bebas.
Berasal dari Kampung Durian Tikus, Lebak adalah anak saudara Allahyarham Ishak Muhammad (Pak Sako) pernah berkhidmat sebagai wartawan dan Editor dengan media arus perdana selama 37 tahun serta menjelajah di 37 buah negara.
Kini telah bersara dan mengusahakan nurseri di daerah ini
Beliau juga pemenang Anugerah Kewartawanan Shell Kenyalang tiga tahun berturut (1991,1992,1993) dan Anugerah Sastera Pahang (2016)