MOHD SOFIAN ABD JALIL

Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) bagi Parlimen Luit menyaksikan pertembungan tiga penjuru antara calon Barisan Nasional (BN), Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Perikatan Nasional(PN) diwakili oleh dirinya. 

Beliau yang mewakili kerusi Parlimen N24 Luit menang 6,002 undian dengan majoriti undi sebanyak 1,166.

Mohd Sofian Abdul Jalil adalah ahli politik Malaysia berbangsa Melayu dari Parti Islam Se-Malaysia. Beliau merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Luit, Pahang bertanding di atas tiket PAS dalam Pilihan Raya Umum Malaysia ke-14.

Antara jawatan-jawatan kanan yang pernah disandang adalah Pengerusi Jawatankuasa Spesifikasi Taman Pertanian Putrajaya, Ahli Jawatankuasa Pemilihan Produk MATRADE, Ahli Jawatankuasa Pemasaran National Timber Industry Policy dan Malaysian Timber Industry Board dan juga Ahli Jawatankuasa Pas Kawasan Maran

Beliau adalah lulusan UiTM Shah Alam, Graduasi Ijazah Rekabentuk Industri. 

Pencapaian
Kerjaya:
  • ADUN Luit
  • Tenaga Pengajar Malaysian Timber Industry Board
  • Pengerusi Jawatankuasa Spesifikasi Taman Pertanian Putrajaya
  • Ahli Jawatankuasa Pemilihan Produk MATRADE
  • Ahli Jawatankuasa Pemasaran National Timber Industry Policy dan Malaysian Timber Industry Board

Jawatan Dalam Politik:

  • Ahli Jawatankuasa Pas Kawasan Maran
Pendidikan:
  • Sekolah Rendah Kebangsaan Kampung Kuala Sentul, Maran
  • Sekolah Rendah Kebangsaan Maran
  • Sekolah Menengah Kebangsaan Maran
  • Sekolah Menengah Abdul Rahman Talib, Kuantan
  • UiTM Shah Alam, Graduasi Ijazah Rekabentuk Industri

 

Penglibatan Politik
Manifesto:
Parti Gabungan: Parti Perikatan Nasional
Parti: PAS
Pilihan Raya Umum Terbaru: PRU15

Kerusi Bertanding PARLIMEN: Tiada
Kerusi Bertanding DUN:
  • PRU14- P86 Maran N24 Luit
  • PRU15- P86 Maran N24 Luit