RAMKARPAL SINGH

Maklumat Diri
Asal
Bukit Gelugor, Pulau Pinang
Tarikh lahir
9/4/1976

Ramkarpal Singh merupakan calon Pakatan Harapan (PH) mewakili DAP bertanding bagi kerusi Parlimen P51-Bukit Gelugor pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15.

Beliau memenangi kerusi tersebut dengan majoriti 63,112 undi dan dilantik sebagai Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi).

 

Beliau merupakan anak ketiga mendiang Karpal Singh yang bertanding atas tiket PKR di Parlimen Bukit Gelugor pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-14.

Beliau merupakan ahli parlimen bagi kawasan Bukit Gelugor, Pulau Pinang.

Bapanya, Karpal Singh adalah bekas pengerusi kebangsaan Parti Tindakan Demokratik.

Saudara lelakinya ialah ADUN Datuk Keramat, Pulau Pinang Jagdeep Singh Deo dan Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo.

 

Pencapaian
Kerjaya:
  • Merupakan peguambela yang memegang keahlian daripada Gray's Inn
  • Mengetuai firma guaman Karpal Singh & Co di Jalan Pudu Lama, Kuala Lumpur
  • Ahli Parlimen Bukit Gelugor (2018-kini)
  • Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi)
Pendidikan:
  • Saint Xavier's Institution
  • Sekolah swasta Seri Inai, Pulau Pinang
  • Ijazah sarjana muda dalam bidang undang-undang di Bristol's University, United Kingdom
Penglibatan Politik
Manifesto:
Parti Gabungan: Pakatan Harapan
Parti: DAP
Pilihan Raya Umum Terbaru: PRU15

Kerusi Bertanding PARLIMEN:
  • PRU14- P51 Bukit Gelugor
  • PRU15- P51 Bukit Gelugor

Kerusi Bertanding DUN: Tiada