MARZUKI YAHYA

Marzuki Yahya merupakan calon Gerakan Tanah Air (GTA) mewakili PEJUANG bertanding bagi kerusi Parlimen P15-Sungai Petani pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15.

Haji Marzuki Yahya merupakan Timbalan Presiden Parti Pejuang Tanah Air yang dilantik pada 2021 lalu secara rasmi. Beliau juga merupakan mantan Ahli Dewan Negara Malaysia dan Timbalan Menteri Luar Negeri Malaysia yang telah dilantik pada 17 Julai 2018. Beliau juga merupakan bekas Pengerusi BERSATU Pulau Pinang  dan Timbalan Pengerusi Pakatan Harapan Pulau Pinang.

Marzuki Yahya merupakan bekas Ketua Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Pulau Pinang dan juga calon PRU14 bagi Parlimen Tasek Gelugor di bawah tiket PKR.

Beliau telah bertanding di kawasan Parlimen Tasek Gelugor menentang penyandang, Datuk Shabudin Yahaya dari Barisan Nasional dan Rizal Hafiz Ruslan dari Pas.

Beliau bagaimanapun tewas kepada penyandang dengan beza majoriti hanya berjumlah 81 undi.

Beliau juga penerima Darjah Cemerlang Seri Melaka dan Darjah Setia Pangkuan Negeri Pulau Pinang.

Pencapaian
Kerjaya:
  • Ahli politik

Jawatan dalam parti:

  • Timbalan Presiden Parti Pejuang Tanah Air
  • Bekas Timbalan Pengerusi Pakatan Harapan Pulau Pinang

Jawatan dalam agensi kerajaan:

  • Bekas Ahli Dewan Negara Malaysia
  • Timbalan Menteri Luar Negeri Malaysia 
Pendidikan:
  • Sarjana Muda Pengurusan Perniagaan (Cambridge International University)
  • Diploma Pentadbiran Perniagaan TL Management College(1988)
  • Sekolah Menengah St Mark Butterworth(1983-1987)
  • Sekolah Kebangsan St Mark Butterworth(1977-982)
Penglibatan Politik
Manifesto:
Parti Gabungan: Gerakan Tanah Air
Parti: PEJUANG
Pilihan Raya Umum Terbaru: PRU15

Kerusi Bertanding PARLIMEN:
  • PRU14- P42 Tasek Gelugor
  • PRU15- P15 Sungai Petani

Kerusi Bertanding DUN: Tiada