SITI MASTURA MUHAMMAD

Maklumat Diri
Asal
Permatang Tinggi C,Pinang Tunggal
Pasangan
Asyrul Firdaus Bin Hasnul

Siti Mastura Muhammad merupakan calon Perikatan Nasional (PN) mewakili PAS bertanding bagi kerusi Parlimen P41-Kepala Batas pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15.

Beliau memenangi kerusi tersebut dengan majoriti 2867 undi.

Siti Mastura Muhammad, juga dikenali sebagai Ustazah Siti Mastura.

Beliau adalah calon Pas yang bertanding di kerusi Parlimen P41 Kepala Batas, Pulau Pinang pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-14.

Pencapaian
Kerjaya:
  • Ahli Parlimen Kepala Batas
  • Guru tuisyen di rumah
  • Penceramah
  • Pendakwah bebas
  • Bekas pensyarah UiTM
  • Bekas Grant Research Assistant

Jawatan dalam parti:

  • Timbalan Ketua Dewan Muslimat Pas Negeri (DMPN) Pulau Pinang
  • Ketua Lajnah Pemerkasaan Parti DMPN Pulau Pinang
  • Ketua Unit Pengundi Muda JPRDMN Pulau Pinang
  • PSU DMPK Kepala Batas
  • Penasihat Gen-3 DMPK Kepala Batas
  • Ketua IT JPRMK Kepala Batas
  • Naib Ketua JMC Jawatankuasa Muslimat Cawangan

Jawatan dalam agensi kerajaan:

  • Ahli Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (2012-2016)
  • Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang (2013-2015)
  • Jawatan dalam pertubuhan bukan kerajaan:
  • Ahli Lembaga Pengarah Kolej Islam Teknologi Antarabangsa (2013-2015)
  • Pengerusi Perbadanan Wakaf Pulau Pinang (2013)
Pendidikan:
  • Doktor Falsafah Pengurusan dan Pembangunan Islamik, Universiti Sains Malaysia
  • Sarjana Pengurusan dan Pembangunan Islamik Universiti Sains Malaysia Pulau Pinang
  • Sarjana Muda Pengkhususan Syariah, Universiti Al-Azhar, Mesir
  • Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM)
  • Daeratul Maarifil Wataniah (DMW), Kepala Batas

 

Penglibatan Politik
Manifesto:
Parti Gabungan: Parti Perikatan Nasional
Parti: PAS
Pilihan Raya Umum Terbaru: PRU15

Kerusi Bertanding PARLIMEN:
  • PRU14- P41 Kepala Batas
  • PRU15- P41 Kepala Batas

Kerusi Bertanding DUN: Tiada