Pertama kali bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) Parit Raja, Nor Rashidah Ramli berjaya membuktikan beliau memiliki kreadibiliti sebagai pemimpin sekali gus mengukuhkan kubu kuat Barisan Nasional (BN) tanpa kalah.
Meskipun majoriti menurun pada jumlah 638 undi, namun beliau berjaya memperoleh 9,549 undian ketika menentang Ferdaus Kayau daripada parti Pakatan Harapan yang mendapat 8,911 undi.
Peringkat akar umbi, beliau menyandang jawatan Ketua Puteri UMNO Bahagian Sri Gading serta Naib Ketua Puteri UMNO Johor.