Suraya Yaacob merupakan calon Barisan Nasional (BN) bertanding bagi kerusi Parlimen P11-Pendang pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15.
Atas kepercayaan yang diberikan, Suraya Yaacob kekal sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) sepanjang empat penggal berturut-turut.
Usaha yang dilakukan telah menobatkan beliau sebagai Tokoh Belia Negara pada tahun 2007.
Beliau juga diberi peluang untuk menjawat jawatan EXCO Bekalan Air, Sumber Asli dan Kerja Raya Kedah. Lantikkan dilakukan atas kepercayaan terhadap beliau dalam menguruskan organisasi.
Anak kelahiran Alor Setar ini sudah berkahwin dengan pasangan hatinya, Zulkifli Ishak dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Syed Afiq dan Syed Aiman.