NG YAK HOWE

Maklumat Diri
Asal
Muar Johor
Tarikh lahir
17/7/1973
Pasangan
Gan Lee Teng

Memiliki pengalaman dalam bidang kejuruteraan, Ng Yak Howe tidak menyangka terpilih untuk menjadi calon Pakatan Harapan (PH) di DUN Bentayan pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Namun langkah kanannya itu berjaya selepas menang  dengan mendapat 18,278 undian ketika menentang Lee Kim Heng daripada Barisan Nasional (BN) yang mendapat 4,649 undi.

Pertembungan dua penjuru itu, membuatkan beliau peroleh majoriti tertinggi berbanding rekod pilihan raya terdahulu iaitu sebanyak 13,629.

Dalam  politik, Yak Howe kini menyandang jawatan Setiausaha Organisasi DAP Johor dan Ahli Jawatankuasa DAP Johor.

Beliau merupakan bekas Timbalan Ketua DAPSY Johor ini  pernah dilantik Penolong Setiausaha Organisasi DAP Johor selama tiga tahun.

Anak jati Muar ini dilahirkan pada 17 Julai 1973 dan telah mendirikan rumah tangga dengan Gan Lee Teng.

Mendapat pendidikan tertinggi dalam Ijazah Sarjana Sains dalam pengkhususan Peningkatan Kualiti dan Produktiviti dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada tahun 2005 selepas memiliki Ijazah Sarjana Muda Sains (matematik) di universiti yang sama pada tahun 1998.

Pencapaian
Kerjaya:
  • Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bentayan (2018 hingga kini)
  • Jurutera Kualiti Kanan
  • Jurutera Kualiti Pembekal (November 2006 hingga Mac 2008)
  • Jurutera Kawalan Kualiti (SQE) (September 2005 hingga Oktober 2006)
  • Jurutera Pembuatan Kanan (Disember 1999 hingga April 2004)
  • Koordinator Pembelian (November 1998 hingga Disember 1999)

Jawatan disandang dalam politik:

  • Setiausaha Organisasi DAP Johor (2016 hingga 2021)
  • Ahli Jawatankuasa DAP Johor (2021 hingga 2024)
  • Timbalan Ketua DAPSY Johor (2011 hingga 2014)
  • Penolong Setiausaha Organisasi DAP Johor (2013 hingga 2016)
Pendidikan:
  • Sarjana Sains (Peningkatan Kualiti dan Produktiviti) UKM (2005)
  • Ijazah Sarjana Muda Sains (matematik) UKM (1998)
Penglibatan Politik
Manifesto:
Parti Gabungan: Pakatan Harapan
Parti: DAP
Pilihan Raya Umum Terbaru: PRN DUN Johor

Kerusi Bertanding PARLIMEN: Tiada
Kerusi Bertanding DUN:
  • PRU14- P145 Bakri N12 Bentayan
  • PRN DUN Johor- P145 Bakri N12 Bentayan

Artikel Berkaitan NG YAK HOWE

Video Berkaitan NG YAK HOWE