SAHRUDDIN JAMAL

Maklumat Diri
Asal
Muar, Johor
Tarikh lahir
26/5/1975
Pasangan
Dr Nila Armila Mukda
Anak
3

Datuk Dr. Sahruddin Jamal merupakan bekas Menteri Besar Johor yang ke-17 dari Pakatan Harapan (Bersatu) merangkap ADUN Bukit Kepong selama sepenggal.

Beliau pada 14 April 2019 telah menggantikan Menteri Besar, Dato' Osman Sapian selepas parti Bersatu keluar daripada Pakatan Harapan (PH) pada Februari 2020, sekali gus menjadikan Johor, kerajaan tergantung.

Bagaimanapun, jawatan Menteri Besar terkini telah digantikan oleh Datuk Ir. Hasni Mohammad pada 28 Februari 2020.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14), Sahruddin memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Kepong.

Dilahirkan pada 26 Mei 1975, anak kelahiran Muar ini, memperoleh 11,665 undi menewaskan calon Barisan Nasional (BN), Mohd Noor Taib dan Muhammad Nur Iqbal dari Pas.

Dr. Sahruddin merupakan doktor perubatan lulusan Sarjana Perubatan dari Universiti Hasanuddin, Makassar, Indonesia.

Telah berkahwin dengan Dr Nila Armila Mukdan, pasangan ini dikurniakan dengan tiga orang anak perempuan.

Sebelum menceburi bidang politik, beliau membuka kliniknya sendiri iaitu Klinik Dr Sahruddin di Bukit Pasir, Pagoh.

Beliau juga pernah memegang jawatan jawatan sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar dan Pertanian.

Dalam penjawatan parti politik, beliau merupakan Timbalan Ketua Bahagian Bersatu Pagoh dan Ahli Majlis Tertinggi Bersatu Malaysia.

Pencapaian
Kerjaya:
  • ADUN Bukit Kepong (2018 hingga kini)
  • Menteri Besar Johor (14 April 2019 – 25 Februari 2020)
  • Bekas Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar dan Pertanian
  • Doktor

Jawatan disandang dalam politik:

  • Timbalan Ketua Bahagian Bersatu Pagoh 
  • Ahli Majlis Tertinggi Bersatu Malaysia

Anugerah diterima:

  • Pangkat Kedua, Dato' Mulia Sultan Ibrahim Johor (DMIJ)
Pendidikan:
  • Sarjana Perubatan dari Universiti Hasanuddin, Makassar, Indonesia
Penglibatan Politik
Manifesto:
Parti Gabungan: Parti Perikatan Nasional
Parti: PPBM/BERSATU
Pilihan Raya Umum Terbaru: PRN DUN Johor

Kerusi Bertanding PARLIMEN: Tiada
Kerusi Bertanding DUN:
  • PRU14- P143 Pagoh N7 Bukit Kepong
  • PRN DUN Johor- P143 Pagoh N7 Bukit Kepong

Artikel Berkaitan SAHRUDDIN JAMAL