Norjepri Mohamed Jelani merupakan bekas setiausaha cawangan UMNO sejak tahun 1987 sehingga 2017 sebelum lompat parti dan memilih Parti Pribumi Bersatu Malaysia.
Beliau berusia 54 tahun berasal dari Batu Pahat pernah dilantik sebagai timbalan ketua penaja Bersatu Tenggara pada 2017 memiliki pengalaman selama 33 tahun sebagai eksekutif kanan ( Penguasa Rangkaian).
Anak keempat dari sembilan orang adik beradik, beliau anak jati Felda Bukit Besar setelah berpindah di kawasan tersebut pada 1969.