Ketua Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Bahagian Tanjung Piai, Karmaine Sardini, 67, pernah dicalon Pakatan Harapan untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) Tanjung Piai pada 2019.
Karmaine, merupakan bekas guru di Sekolah Menengah Kebangsaan Telok Kerang, Tanjung Piai, sebelum meneruskan pelajaran dalam bidang seni bina di Universiti Teknologi Mara (UiTM)
Beliau kemudian berkhidmat sebagai arkitek di Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dari tahun 1980 hingga 2000.
Sebelum menjadi Ketua Bahagian Bersatu, Karmaine pernah menjadi Bendahari UMNO Tanjung Piai sebelum meninggalkan parti itu.
Pada Pilihan Raya Umum kali ke 14 , beliau telah bertanding di kerusi Parlimen Pontian, namun tewas kepada Datuk Seri Ahmad Maslan dari Barisan Nasional.
Ahmad menang tipis dengan memperoleh 21,232 undi, manakala Karmaine meriah 20,299.