ONN HAFIZ GHAZI

Maklumat Diri
Telefon
+60 16-203 5554
Asal
Simpang Renggam, Johor
Pasangan
Datin Sharmin Fazlina Mohd Shukor
Anak
4

Datuk Onn Hafiz Ghazi dilantik EXCO Pelancongan, Belia dan Sukan selepas menang pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke 14 dalam pertandingan tiga penjuru di DUN Layang-layang sekali gus merangkap ADUN Layang-layang sejak 2018.

Bapa kepada empat anak ini dilahirkan di Simpang Renggam, Johor dan melanjutkan pelajaran di Universiti of Hertfordshire, United Kingdom dengan berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Perakaunan.

Beliau telah mendirikan rumah tangga bersama Datin Sharmin Fazlina Mohd Shukor memulakan kerjayanya di Price Waterhouse Coopers (PWC) pada 2001 kemudian memegang jawatan Ketua Pegawai Eksekutif KMB Educational Service Sdn.Bhd pada 2004 selama sembilan tahun.

Onn Hafiz yang juga anak saudara kepada Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Hussein sekali gus akan meneruskan legasi perjuangan pengasas dan Presiden UMNO terdahulu, Datuk Onn Jaafar.

Cicit Allahyarham Onn Jaafar berusia 42 tahun telah berkecimpung dalam dunia politik apabila menyertai Pemuda UMNO Sembrong pada 2006 dan menjadi Ahli Jawatankuasa (AJK).

Seterusnya diangkat sebagai Naib Ketua Pemuda UMNO Sembrong pada 2008 hingga 2012 sebelum dilantik Ketua Pemuda UMNO Sembrong selama tujuh tahun.

Kemudian di peringkat Pemuda Malaysia, beliau menang pertandingan merebut kerusi EXCO Pemuda UMNO pada 2012 hingga 2018.

Pertama kali bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-14, beliau menang dengan mendapat 7,449 undian ketika menentang Murugan A/L Muthu Samy daripada parti Pakatan Harapan yang mendapat 7,085 undi. Majoriti undi sebanyak 364.

Pencapaian
Kerjaya:
  • Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Layang-layang (2018 hingga kini)
  • EXCO Pelancongan, Belia dan Sukan (2020 hingga kini)
  • Setiausaha politik kepada Menteri Pertahanan (2013-2018)
  • Ketua Pegawai Eksekutif KMB Educational Service Sdn.Bhd (2004-2012)
  • Price Waterhouse Coopers (PWC) (2001-2008)

Jawatan disandang dalam politik;

  • EXCO Pemuda UMNO pada 2012 hingga 2018
  • Ketua Pemuda UMNO Sembrong (2012-2018)
  • Naib Ketua Pemuda UMNO Sembrong (2008-2012)
  • Ahli Jawatankuasa Pemuda UMNO Sembrong (2006-2008)
Pendidikan:
  • Ijazah Sarjana Muda Perakaunan Universiti of Hertfordshire, United Kingdom
  • Royal Military College (RMC)
Penglibatan Politik
Manifesto:
Parti Gabungan: Barisan Nasional
Parti: UMNO
Pilihan Raya Umum Terbaru: PRN DUN Johor

Kerusi Bertanding PARLIMEN: Tiada
Kerusi Bertanding DUN:
  • PRU14- P151 Simpang Renggam N27 Layang-Layang
  • PRN DUN Johor- P151 Simpang Renggam N26 Machap