CHONG FAT FULL

Maklumat Diri
Asal
Hospital Muar, Tangkak
Tarikh lahir
21/7/1960
Pasangan
Dr. Loo Yoke Ai
Anak
2

EXCO Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna Johor yang juga ADUN Pemanis, Dr Chong Fat Full mengesahkan sudah menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) pada 22 Ogos 2020.

Beliau yang juga seorang doktor gigi, sebelum ini merupakan ADUN dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) telah mengumumkan keluar parti itu pada 4 Mac lalu seterusnya menjadi ADUN Bebas yang bertindak menyokong Perikatan Nasional (PN) di Johor.

Ketika masa lapang, bekas Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Ledang ini gemar melancong, membaca dan membuat kerja amal.

Bekas Ketua Cabang PKR Ledang ini pernah dilantik Presiden Persatuan Pergigian Fakuliti Pergigian UM dan Naib Presiden Asian Pacific Dental Student Association (APDSA) pada tahun 1983 hingga 1984.

Penglibatan dalam kerajaan, beliau kini menjadi Ahli Majlis Tindakan Pembangunan Johor dan Ahli Jawatankuasa Pelaksana Perpaduan Negara (JKPPN), Pengerusi Jawatankuasa Tindakan Perpaduan Negeri Johor (JKTPN) dan Ahli Lembaga Perbadanan Stadium Johor. 

Beliau pertama kali menyertai Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14, mewakili PH menang dengan mendapat 8,304 undian ketika menentang Koo Shiaw Lee daripada parti Barisan Nasional yang mendapat 7,941 undi. Majoriti undi sebanyak 363.

Pencapaian
Kerjaya:
  • Doktor gigi
  • Ahli politik
  • ADUN Pemanis (2018-kini)
  • EXCO Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna Johor (2020-kini)
  • Ahli Majlis Tindakan Pembangunan Johor (kini)
  • Ahli Lembaga Perbadanan Stadium Johor
  • Ahli Jawatankuasa Pelaksana Perpaduan Negara (JKPPN)
  • Pengerusi Jawatankuasa Tindakan Perpaduan Negeri Johor (JKTPN)

Jawatan disandang dalam politik:

  • Ketua Cabang PKR Ledang (2014 - 2020)
  • Pengerusi PH Ledang (2018-2020)
  • Bendahari MPN Johor (2014-2018)
  • Ketua Biro Kesihtan MPN Johor (2014-2018)
  • Ketua Ranting Sialang Cabang Ledang (2013)

Penglibatan dalam pertubuhan sukarela:

  • Naib Pengerusi Malaysian Buddhist Association Cawangan Tangkak (2013-2016)
  • Penasihat Eksekutif Persatuan Keturunan Zhang Ledang (2012-kini)
  • Ahli Tzi Chi International Medical Association (2002-kini)
  • Yang Dipertua PIBG SRJKC Chi Ming (1) Tangkak (1995-2000)
  • Ahli Jemaah Pengurus SRJKC Ching Ming (1) & (2) Tangkak (1995-2000)
  • Presiden Rotary Club Tangkak (1992-1993)
  • Presiden Persatuan Pergigian Fakulti Pergigian UM (1983-1984)
Pendidikan:
  • Fellow of International College of Dentists (FICD) (2012)
  • Oral Implantology USM (2005)
  • Ahli Diplomat Faculty of General Dental Practice United Kingdom (UK) Royal College of Surgeons England (1999)
  • Fakulti Pergigian Universiti Malaya (1981-1985)
  • Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (SRJK) Cina Chi Ming (1) Tangkak
  • Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Ledang
  • Sekolah Tinggi Segamat (STS)
Penglibatan Politik
Manifesto:
Parti Gabungan: Parti Perikatan Nasional
Parti: PPBM/BERSATU
Pilihan Raya Umum Terbaru: PRN DUN Johor

Kerusi Bertanding PARLIMEN: Tiada
Kerusi Bertanding DUN:
  • PRU14- P141 Sekijang N3 Pemanis
  • PRN DUN Johor- P144 Ledang N10 Tangkak

Artikel Berkaitan CHONG FAT FULL

Video Berkaitan CHONG FAT FULL