SHEIKH UMAR ALI

Sheikh Omar Ali merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N30 Paloh sejak 2018 apabila memenangi DUN tersebut dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Beliau yang mewakili Parti Tindakan Demokratik (DAP) menewaskan calon Barisan Nasional (BN), Teoh Yap Kun, dan calon Bebas, M Shamugam dengan majoriti 783 undi.

Naib Pengerusi DAP Johor itu mempunyai latar belakang kerjaya sebagai Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD) di Putrajaya. 

Sheikh Omar merupakan graduan Universiti Malaya yang pernah aktif dalam Gabungan Mahasiswa Islam Semalaysia (GAMIS) selain pernah memimpin kumpulan Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM).

Beliau juga pernah berkhidmat sebagai pembantu kepada bekas Ahli Parlimen Kluang, Liew Chin Tong dan pernah memegang jawatan Setiausaha Publisiti DAP Johor.

Pencapaian
Kerjaya:
  • ADUN Paloh (2018 hingga kini)
  • EXCO Belia, Sukan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi (2019-27 Februari 2020)
  • EXCO Maklumat, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Ekonomi Kreatif (2018–2019)
  • Bekas Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD) di Putrajaya
  • Bekas Penolong Pengarah di Jabatan Imigresen Malaysia
  • Bekas Penolong Setiausaha di Kementerian Perusahaan, Perladangan dan Komoditi

Jawatan disandang dalam politik:

  • Naib Pengerusi DAP Negeri Johor
  • Ketua Pemuda DAP Negeri Johor
  • Ketua Penerangan Pakatan Harapan Johor
  • Pegawai Khas kepada Ahli Parlimen Kluang Sdra Liew Chin Tong (2014-2017)
  • Setiausaha Publisiti DAP Johor
  • Setiausaha Eksekutif Sekretariat Pakatan Rakyat
  • Penolong Setiausaha Publisiti Negeri DAP Negeri Johor
Pendidikan:
  • Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, Kuala Lumpur dalam pengajian usuluddin
  • Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya (APIUM) Nilam puri Kelantan dalam pengajian asasi
  • Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Segamat (SMKAS)
Penglibatan Politik
Manifesto:
Parti Gabungan: Pakatan Harapan
Parti: DAP
Pilihan Raya Umum Terbaru: PRU15

Kerusi Bertanding PARLIMEN:
  • PRU15- P148 Ayer Hitam

Kerusi Bertanding DUN:
  • PRU14- P153 Sembrong N30 Paloh
  • PRN DUN Johor- P153 Sembrong N30 Paloh

Artikel Berkaitan SHEIKH UMAR ALI

Video Berkaitan SHEIKH UMAR ALI