CHEW CHONG SIN

Maklumat Diri
Asal
Jalan Chong Hwa, Kluang
Tarikh lahir
9/8/1973

Chew Chong Sin merupakan seorang ahli politik DAP merangkap ADUN Mengkibol sejak 2018.

Chong Sin merupakan bekas pengurus sebuah bank luar negara di Kuala Lumpur, pengurus sebuah syarikat Jerman untuk rantau Asia Pasifik dan pengarah BPP Professional Education (United Kingdom) Cawangan China. 

Beliau juga mengusahakan sebuah firma pendidikan profesional yang bereputasi di Shanghai.

Chong Sin juga bekas Pengerusi Jawatankuasa Komuniti Pelajar Cina UKM dan Setiausaha Jawatankuasa Hak Asasi Sivil Dewan Perhimpunan Cina Selangor dan Kuala Lumpur.

Perjalanan politiknya, Chong Sin antara individu giat aktif berkempen tentang ‘Jom Balik Undi’ di luar negara pada 2012.

Selain itu, beliau juga menubuhkan 'Bersih Shanghai' dengan mengadakan pelbagai forum bersama NGO, aktivis dan pemimpin politik Malaysia supaya berkongsi pendapat dengan rakyat Malaysia di Shanghai.

Beliau juga seorang kolumnis yang banyak menyuarakan pendapatnya dalam isu-isu semasa dan ekonomi di dalam 'Mirror of Shanghai' untuk Oriental Daily pada masa yang sama.

Chong Sin pulang ke Malaysia dan berkempen untuk DAP sepanjang Pilihan raya Umum (PRU) ke-13.

Ahli keluarga beliau turut pulang ke Malaysia pada Julai 2013 dan membantu pihak pembangkang dalam kempen PRU tahun 1999 dan 2004.

Pada tahun 2018, Chong Sin menyertai DAP yang disaksikkan oleh Lim Guan Eng selaku Setiausaha Agung dan rakan sosial seperjuangannya.

Chong Sin bertanding dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) sebagai calon Pakatan Harapan (DAP merupakan parti komponennya) dan berjaya dipilih sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mengkibol dalam Parlimen Kluang.

Beliau menang dengan mendapat 29,559 undian ketika menentang Chin Sim Lai daripada parti Barisan Nasional yang mendapat 10,333 undi. Majoriti undi sebanyak 19,226.

Pencapaian
Kerjaya:
  • ADUN Mengkibol (2018 hingga kini)
  • Bekas pengurus sebuah bank luar negara di Kuala Lumpur
  • Bekas pengurus sebuah syarikat Jerman untuk rantau Asia Pasifik 
  • Bekas pengarah BPP Professional Education (United Kingdom) Cawangan China
  • Firma pendidikan profesional di Shanghai
Pendidikan:
  • Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan dari Universiti Malaya
  • Ijazah Kewangan dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
  • Sekolah Tinggi Kluang.
  • Sekolah Menengah (SM) Sultan Abdul Jalil 
  • SRJK (C) Chong Hwa 3
Penglibatan Politik
Manifesto:
Parti Gabungan: Pakatan Harapan
Parti: DAP
Pilihan Raya Umum Terbaru: PRN DUN Johor

Kerusi Bertanding PARLIMEN: Tiada
Kerusi Bertanding DUN:
  • PRU14- P152 Kluang N28 Mengkibol
  • PRN DUN Johor- P152 Kluang N28 Mengkibol

Video Berkaitan CHEW CHONG SIN