ZAHARI SARIP

Maklumat Diri
Asal
Segamat, Johor
Anak
3

Pertama kali bertanding di DUN Buloh Kasap, Zahari Sarip berjaya mengekalkan kedudukan Barisan Nasional meskipun berlaku pertembungan sengit dengan calon Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Pertembungan dua penjuru itu sengit apabila beliau meraih majoriti tipis iaitu 877 undian berbanding pilihan raya terdahulu memperoleh majoriti 3,370.

Zahari menang dengan mendapat 9,186 undian ketika menentang Norsamsu Mohd Yusof dari Pakatan Harapan yang mendapat  8,309 undi.

Pencapaian
Kerjaya:
  • Guru
  • Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Buloh Kasap (2018-kini)
  • Ahli politik
  • Senator
  • Bekas Pegawai khas Menteri Kesihatan

Jawatan dalam parti:

  • Ketua UMNO Bahagian Segamat
  • Setiausaha UMNO Cawangan Kampung Kenangan, Segamat
  • Pengerusi Barisan Nasional Parlimen Segamat 
  •  Ahli Jawatankuasa Badan Perhubungan UMNO Negeri Johor
  • Pengerusi Risda Catering & Event Sdn Bhd
  • Penasihat Kluster FGV (Felda Prodata System Sdn Bhd)

Jawatan dalam pertubuhan bukan kerajaan:

  • Presiden Persatuan Hoki Daerah Segamat
  • Penasihat Persatuan Guru-Guru Melayu Parlimen Segamat
  • Penaung Persatuan Belia Melayu Baru Taman Yayasan Segamat

Anugerah diterima:

  • Darjah Indera Mahkota Pahang  (2015)
  • Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (1996, 2003 & 2014)
Pendidikan:
  • Diploma Perguruan
  • Sarjana Eksekutif dalam bidang Pengurusan
Penglibatan Politik
Manifesto:
Parti Gabungan: Barisan Nasional
Parti: UMNO
Pilihan Raya Umum Terbaru: PRN DUN Johor

Kerusi Bertanding PARLIMEN: Tiada
Kerusi Bertanding DUN:
  • PRU14- P140 Segamat N1 Buloh Kasap
  • PRN DUN Johor- P140 Segamat N1 Buloh Kasap

Video Berkaitan ZAHARI SARIP