AHMAD FAHMI MOHAMED FADZIL

Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil merupakan Ahli Parlimen Lembah Pantai merangkap Pengarah Komunikasi  Strategik Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Beliau dilantik sebagai Menteri Komunikasi dan Digital.

Beliau dilahirkan pada 4 Februari 1981, pernah melibatkan diri dalam dunia seni lakonan dan juga seorang penulis.

Aktif dalam pentas teater suatu ketika dahulu membuatkan beliau pernah memenangi anugerah dan pernah muncul dalam pertunjukan seperti drama Gol & Gincu dan program temu ramah The Fair Current Show. 

Beliau juga terlibat secara aktif dalam aktiviti kemasyarakatan yang menjadi sebahagian daripada Projek Seni Masyarakat Taman Medan pada tahun 2012 yang berkaitan dengan menangani ketegangan kaum dalam kalangan generasi muda melalui seni persembahan dan visual.

Pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke 14, Ahmad Fahmi daripada Pakatan Harapan telah menang bertanding di Parlimen Lembah Pantai dan memperoleh 33,313 undian ketika menentang Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin daripada parti Barisan Nasional yang mendapat 27,715 undi dengan majoriti undi sebanyak 5,598.

Pencapaian
Kerjaya:
  • Menteri Komunikasi dan Digital (2022)
  • Ahli Parlimen Lembah Pantai (2018-kini)
  • Bekas Setiausaha Nurul Izzah Anwar
  • Bekas jurutera kimia di syarikat Jepun
  • Pelakon teater 
  • Penulis

Jawatan disandang dalam politik:

  • Pengarah Komunikasi Strategik PKR
  • Naib Ketua Angkatan Muda PKR
Pendidikan:
  • Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Kimia (Bsche) Dari Purdue University, Indiana, Amerika Syarikat
Penglibatan Politik
Manifesto:
Parti Gabungan: Pakatan Harapan
Parti: PKR
Pilihan Raya Umum Terbaru: PRU14

Kerusi Bertanding PARLIMEN:
  • PRU14- P121 Lembah Pantai

Kerusi Bertanding DUN: Tiada

Video Berkaitan AHMAD FAHMI MOHAMED FADZIL