FAUZI ABU BAKAR

Maklumat Diri
Tarikh lahir
1/2/1960
Pasangan
Farita Abu Bakar
Anak
10

Fauzi Abu Bakar merupakan calon PN(PAS) bertanding bagi kerusi Parlimen P121(LEMBAH PANTAI) pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-15. Bekas presiden kedua Institut Arkitek Lanskap Malaysia (ILAM).

Berpengalaman selama 30 tahun dalam bidang tersebut dan merupakan seorang tokoh korporat bumiputera terkemuka negara.

Syarikatnya, IN-SITE Design terkenal dengan projek bukan saja di Malaysia, malah di negara seperti Iran dan Libya. Rekaan landskapnya untuk Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur meraih banyak anugerah.

Isu yang mahu dibawanya juga amat asing daripada perkara yang sering dilaporkan media mengenai Pas, iaitu isu ketidakseimbangan pembangunan bandar.

Fauzi baru saja dilantik sebagai bendahari Pas kawasan Lembah Pantai, tidak lama selepas menyertai Pas pada tahun lalu.

Pada hujung Oktober lalu Fauzi ditampilkan sebagai penceramah utama pada program "Sembang Santai Teh Tarik for Lembah Pantai 1.0" atau TT4LP 1.0.

Beliau membawa agenda Wawasan Induk Negara Sejahtera (WINS) Pas yang memupuk pembangunan sosial menerusi pembangunan fizikal yang berhemah.

Pencapaian
Kerjaya:
  • Arkitek dan ahli korporat

Jawatan dalam parti:

  • Bendahari Pas Cawangan Sri Pahang
  • Bendahari Pas Kawasan Lembah Pantai
  • Ahli Jawatankuasa Teknikal Jabatan Bendahari Pas Pusat

Jawatan dalam pertubuhan bukan kerajaan:

  • Ahli Fellow Intitut Landskap Arkiek Malaysia
  • Bekas Presiden Intitut Landskap Arkiek Malaysia
  • Bekas Ahli Jawatankuasa JOBPIC, DBKL
  • Ahli Jawatankuasa Disiplin ILAM
Pendidikan:
  • Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (Inggeris) Bachok
  • Sekolah Menengah Sultan Ibrahim, Pasir Mas
  • Diploma Pertanian Universiti Pertanian Malaysia
  • Ijazah Sarjana Muda Arkitek dan Lanskap di Utah State University
Penglibatan Politik
Manifesto:
Parti Gabungan: Parti Perikatan Nasional
Parti: PAS
Pilihan Raya Umum Terbaru: PRU15

Kerusi Bertanding PARLIMEN:
  • PRU14- P121 Lembah Pantai
  • PRU15- P121 Lembah Pantai

Kerusi Bertanding DUN: Tiada