MASZLEE MALIK

Maklumat Diri
Asal
Johor Bahru
Tarikh lahir
19/12/1974

Maszlee Malik adalah bekas ahli akademik dan pendakwah, mula menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) pada Mac 2018 selepas memenangi kerusi Parlimen Simpang Renggam pada Pilihan Raya Umum ke 14 dengan mengalahkan calon Barisan Nasional, Liang Teck Meng dengan majoriti hampir 4,000.

Anak kelahiran Johor dilahirkan pada 19 Disember 1974 , adalah bekas profesor madya di Jabatan Sains Politik di Univeriti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

Berpengalaman berkhidmat di beberapa badan pemikir dan sering dijemput sebagai panelis atau moderator bagi forum bagi membincangkan isu berkaitan politik Islam dan politik Timur Tengah.

Mendapat pendidikan awal di Sekolah Menengah Temenggong Abdul Rahman (STAR) II dan kemudian melanjutkan pelajaran di Maktab Sultan Abu Bakar (English College).

Pada tahun 1989, beliau telah menyertai madarasah al-Quran Waddin dan di Maahad Johor.

Setelah itu, beliau melanjutkan pengajian di Jordan sehingga mendapat ijazah sarjana muda dari Universiti Al-Bayt dan pengajian peringkat ijazah sarjana di Universiti Malaya.

Kedua-duanya dalam bidang fiqh dan Usul al-Fiqh. Kemudian beliau meneruskan pelajaran di School of Governments and International Affairs (SGIA) di University of Durham pada 2007 dan memperolehi ijazah kedoktoran dalam bidang good governance pada 2011.

Selain itu, beliau pernah bertugas sebagai pensyarah kanan di Jabatan Fiqh dan Usul al-Fiqh di Kuliyah Ilmu Wahyu dan Sains Kemanusiaan, UIAM, sejak tahun 2000. 

Pada Pilihan Raya Umum Ke-14, beliau daripada Pakatan Harapan menang dengan mendapat 18,157 undian ketika menentang Liang Teck Meng daripada parti Barisan Nasional yang mendapat 14,682 undi. Majoriti undi sebanyak 3,475.

Pencapaian
Kerjaya:
  • Ahli Parlimen Simpang Renggam (2018 hingga kini)
  • Bekas pensyarah kanan di Jabatan Fiqh dan Usul al-Fiqh di Kuliyah Ilmu Wahyu dan Sains Kemanusiaan, UIAM
Pendidikan:
  • Ijazah Doktor Falsafah (PhD) Sains Politik, Durham University, UK
  • Ijazah Sarjana Fiqh & Usul al-Fiqh Universiti Malaya
  • Ijazah Sarjana Muda Fiqh & Usul al-Fiqh Universiti Al-Bayt Jordan
  • Maktab Sultan Abu Bakar (English College)
  • Sekolah Menengah Temenggong Abdul Rahman (STAR) II
Penglibatan Politik
Manifesto:
Parti Gabungan: Pakatan Harapan
Parti: PKR
Pilihan Raya Umum Terbaru: PRU15

Kerusi Bertanding PARLIMEN:
  • PRU14- P151 Simpang Renggam
  • PRU15- P151 Simpang Renggam

Kerusi Bertanding DUN:
  • PRN DUN Johor- P151 Simpang Renggam N27 Layang-Layang

Artikel Berkaitan MASZLEE MALIK

Video Berkaitan MASZLEE MALIK