SYED SADDIQ SYED ABDUL RAHMAN

Maklumat Diri
Asal
Johor
Tarikh lahir
6/12/1992

Syed Saddiq Syed Abdul Rahman adalah calon Pakatan Harapan (PH) yang bertanding kerusi Parlimen P146 Muar pada PRU ke-15.

Beliau memenangi kerusi tersebut dengan majoriti 1,345 undi.

Bekas Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman merupakan Ahli Parlimen Muar selama sepenggal.

Beliau adalah menteri termuda yang dilantik pada usia 25 tahun selepas Datuk Seri Najib Tun Razak pada usia 28 tahun.

Dilahirkan pada 6 Disember 1992 dan merupakan anak kelahiran negeri Johor. 

Sejak usia muda, Syed Saddiq telah bergiat aktif dan vokal dalam membawa agenda politik bersih dan politik orang muda. 

Pada Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU14), Syed Saddiq telah dipilih menjadi wakil rakyat Parlimen Muar, Johor. Pada waktu itu, Syed Saddiq juga merupakan Ketua Armada Bersatu.

Sejak pertukaran kerajaan pada awal tahun 2020, keahlian Syed Saddiq sebagai ahli Bersatu telah digugurkan berikutan keputusan untuk tidak menyokong Kerajaan Perikatan Nasional.

Pada September 2020, Syed Saddiq dan wakil pimpinan muda seluruh negara telah bersetuju untuk mendaftarkan sebuah parti politik baharu iaitu, Muda (Parti Ikatan Demokratik Malaysia) dengan tujuan untuk membawa suara dan cara politik baharu kepada negara.

Merupakan seorang graduan ijazah Undang-Undang (Kepujian) di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Syed Saddiq juga merupakan Felo Akademik di Temple University di bawah Dialogue Institute on the Art of Dialoguing & Religious Pluralism.

Pada awal tahun 2021, Syed Saddiq telah menamatkan pengajian Lee Kuan Yew Senior Fellowship in Public Service (SFPS) di Lee Kuan Yew School of Public Policy (LKYSPP).

Di Parlimen Muar, Syed Saddiq aktif membantu rakyat tempatan dengan inisiatif laptop dan tablet percuma, pemberian makanan Food Bank kepada orang susah dan menyediakan khidmat kebajikan kepada semua. 

Kini pada usia 28 tahun, fokus utama Syed Saddiq adalah untuk membina semula negara dengan tenaga orang muda, politik baharu dan keluar dari kepompong politik tradisional untuk rakyat Malaysia.

Syed Saddiq membuat penampilan sulungnya dalam PRU14 bertanding di kerusi Parlimen Muar mewakili Pakatan Harapan menang dengan mendapat 22,341 undian ketika menentang Razali Ibrahim daripada parti Barisan Nasional yang mendapat 15,388 undi dengan majoriti undi sebanyak 6,953.

Pencapaian
Kerjaya:
  • Ahli Parlimen Muar (2018 hingga kini)
  • Menteri Belia dan Sukan (2018 hingga 2020)

Jawatan disandang dalam politik:

  • Ketua Armada Bersatu (2016 hingga 2020)
Pendidikan:
  • Lee Kuan Yew Senior Fellowship in Public Service (SFPS)(LKYSPP) (2021)
  • Ijazah Undang-Undang (Kepujian) UIAM (2016)
  • Felo Akademik di Temple University di bawah Dialogue Institute on the Art of Dialoguing & Religious Pluralism
     
Penglibatan Politik
Manifesto:
Parti Gabungan: Pakatan Harapan
Parti: MUDA
Pilihan Raya Umum Terbaru: PRU15

Kerusi Bertanding PARLIMEN:
  • PRU14- P146 Muar
  • PRU15- P146 Muar

Kerusi Bertanding DUN: Tiada