P Prabakaran merupakan calon PH(PKR) bertanding bagi kerusi Parlimen P115(BATU) pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-15.
Beliau memenangi kerusi tersebut dengan majoriti 22241 undi
Kemenangan itu sekali gus merekodkan sejarah apabila menjadi Ahli Parlimen termuda pada usia 22 tahun serta memadamkan rekod 41 tahun, Datuk Seri Najib Tun Razak yang memenangi kerusi Parlimen Pekan pada tahun 21 Februari 1979.
Najib ketika itu berusia 23 tahun.
Mesra dipanggil Praba, anak muda ini memperoleh 38,125 undi dalam pertembungan empat penjuru.
Beliau menewaskan calon Barisan Nasional, Dr Dominic Lau Hoe Chai yang mendapat undi 13,687 ,calon Pas, Azhar Yahya (10,610) dan calon Bebas, Datuk V M Panjamothy (383).
Kemenangan Prabakaran dibantu oleh penyokong Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang sebelum ini mengisytiharkan sokongan kepada calon muda itu selepas Tian Chua tidak dapat mempertahankan kerusi Parlimen itu apabila borang pencalonannya ditolak oleh Suruhanjaya Pilihan Raya ketika penamaan calon berikutan denda mahkamah berkaitan kesnya.
Praba kemudian disahkan menyertai PKR.
Beliau mendapat pendidikan tertinggi Ijazah Sarjana Muda Undang-undang di sebuah pusat pengajian swasta.