SYED IBRAHIM SYED NOH

Maklumat Diri
Asal
Melaka
Tarikh lahir
18/6/1964
Pasangan
Melasutra Md Dali
Anak
4

Syed Ibrahim Syed Noh adalah calon Pakatan Harapan (PH) yang bertanding kerusi Parlimen P144 Ledang pada PRU ke-15.

Beliau memenangi kerusi tersebut dengan majoriti 9,809 undi.

Ahli Parlimen Ledang, Johor, Syed Ibrahim Syed Nor menyandang Pengerusi Majlis Pimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR) negeri sejak dilantik pada 2019.

Beliau dilahirkan pada 18 Jun 1964 di Melaka telah mendapat pendidikan tertinggi dengan kelayakan akademik Sarjana Pentadbiran Perniagaan (MBA), St Louis University, St Louis, Missouri, USA pada 1987 hingga 1989.

Sebelum itu, beliau berusia 57 tahun telah melanjutkan pengajian dalam Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan, University of Wisconsin, Green Bay, USA  pada tahun 1982 hingga 1986.

Bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Abu Bakar Kuantan ini mempunyai pengalaman dalam bidang telekomunikasi dan pernah berkhidmat di Telekom Malaysia Berhad selama 25 tahun.

Beliau telah mendirikan rumah tangga dengan Melasutra Md Dali. Pasangan ini dikurniakan empat orang anak.

Di waktu lapang, Syed Ibrahim gemar  bersukan dan mengembara.

Penglibatan dalam Syarikat Milik Kerajaan (GLC), Syed Ibrahim pernah menggalas tanggungjawab sebagai Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) selama setahun.

Selain itu, beliau juga aktif dalam aktiviti kemasyarakatan dan pernah menyertai misi kemanusiaan Acheh pada 2005. 

Pada Pilihan Raya Umum Ke -14, Syed Ibrahim daripada Pakatan Harapan menang dengan mendapat 34,706 undian ketika menentang Hamim Samuri daripada parti Barisan Nasional yang mendapat 26,040 undi. Majoriti undi sebanyak 8,666.

Pencapaian
Kerjaya:
  • Ahli Parlimen Ledang (2018 hingga kini)
  • Telekom Malaysia (1989 hingga 2014)

Lantikan Ahli Lembaga:

  • Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) (2019-2020)

Jawatan disandang dalam politik:

  • Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri Johor (2019 hingga kini)
  • Ahli Majlis Pimpinan Pusat (2019 hingga kini)
  • Ketua Cabang Ledang (2019 hingga kini)
  • Ketua Penerangan (2014 hingga 2018)
Pendidikan:
  • Sarjana Pentadbiran Perniagaan (MBA), St Louis University, St Louis, Missouri, USA (1987 hingga 1989)
  • Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan, University of Wisconsin, Green Bay, USA (1982 hingga 1986)
  • Sek Men Sultan Abu Bakar, Kuantan (1977 hingga 1981)
Penglibatan Politik
Manifesto:
Parti Gabungan: Pakatan Harapan
Parti: PKR
Pilihan Raya Umum Terbaru: PRU15

Kerusi Bertanding PARLIMEN:
  • PRU14- P144 Ledang
  • PRU15- P144 Ledang

Kerusi Bertanding DUN: Tiada

Video Berkaitan SYED IBRAHIM SYED NOH