ANDAU YASUN BRUNO

Andau Yasun Bruno merupakan bekas paderi Katolik Roman yang berkhidmat selama 26 tahun di gereja kawasan pedalaman di kawasan Kadazandusun seperti Tambunan, Telupid, Tuaran, Papar and Kiulu.

Pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-14 beliau menawarkankan diri untuk bertanding di Parlimen Ranau mewakili Parti Cinta Sabah (PCS).

PRN Sabah kali ini beliau berhadapan dengan pertandingan enam penjuru mewakili parti yang sama dengan jumlah pengundi 10,887.

Calon lain yang turut bertanding ialah Joniston Bangkuai daripada Parti Bersatu Sabah (PBS); Dominic Yasun (Bebas); Rozylyn @ Rosalyn Gelunu (LDP); Wilfred Madius Tangau (UPKO) dan Jolianis Lampog (Bebas).

Pencapaian
Kerjaya:
  • Paderi
  • Kerani bank
  • Juruteknik lebuh raya
Penglibatan Politik
Parti Gabungan: Parti Cinta Sabah
Parti: PCS
Pilihan Raya Umum Terbaru: PRN DUN Sabah 16

Kerusi Bertanding PARLIMEN:
  • PRU14- P179 Ranau

Kerusi Bertanding DUN:
  • PRN DUN Sabah 16- P170 Tuaran N15 Kiulu