Bekas Ahli Parlimen Kemaman, Abd Rahman Yusof meninggal dunia di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) pada 7 Jun 2021.
Beliau berusia 64 tahun yang merupakan bekas Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Terengganu menghembuskan nafas terakhir pada jam 7.06 malam selepas enam bulan bertarung dengan penyakit kanser paru-paru tahap empat.
Jenazah Abd Rahman akan dikebumikan di tanah perkuburan Bukit Kiara kira-kira jam 10 pagi Selasa.
Abd Rahman memenangi kerusi Parlimen Kemaman pada Pilihan Raya Umum ke-10 (PRU10) selepas menewaskan calon Barisan Nasional (BN), Datuk Wan Zaki Wan Muda dengan 20,715 undi.
Bagaimanapun, pada PRU14, Allahyarham bertanding di kerusi Parlimen Dungun namun tewas dengan 6,833 undi.
Kerusi itu dimenangi Pas diwakili Wan Hassan Mohd Ramli dengan mendapat 40,850 undian ketika menentang Din Adam daripada parti Barisan Nasional yang mendapat 27,731 undi. Majoriti undi sebanyak 13,119.