Bekas penyandang kerusi Inanam, Kenny Chua yang sebelum ini dipecat PKR, kembali bertanding mempertahankan kerusi Dewan Undangan NEgeri (DUN) itu sebagai calon Bebas.
Kenny sebelum ini mengatakan beliau pada awalnya berhasrat bertanding di bawah Parti Bersatu Sabah (PBS), namun melupakan hasrat itu atas sebab tidak diketahui.
Bekas naib ketua PKR Sabah itu memenangi kerusi Inanam atas tiket PKR pada Pilihan Raya Umum ke-14 lalu.
Chua dipecat daripada PKR selepas menyokong usaha Musa Aman untuk menggulingkan kerajaan negeri pimpinan Shafie Apdal pada Julai lalu.
Chua sebelum ini membayangkan akan menyertai parti tempatan untuk bertanding di Inanam pada Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini.
Bagaimanapun, namanya tiada dalam senarai calon Perikantan Nasional (PN), Barisan Nasional (BN) dan PBS, walaupun sering dilihat menghadiri majlis anjuran PN.