Terence Tsen Kim Fatt berusia 53 tahun merupakan bendahari Agong Parti Kerjasama Anak Negeri diberi kepercayaan oleh Parti Anak Negeri bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) Inaman dengan persaingan 10 penjuru pada Pilihan Raya Negeri Sabah kali ke 16.
Beliau yang juga Ketua Cawangan Sepanggar sebelum ini pernah bertanding di DUN Inaman pada Pilihan Raya Umum lalu namun tewas.
Dari kaum Sino-Kadazan Inanam, beliau pernah menyertai Parti Bersatu Sabah (PBS) dan dilantik bendahari PBS pada 1995 hingga 1998.
Kemudian sebagai ketua PBS cawangan Inanam sekitar tahun 1997-2017 dan juga Pengerusi Persatuan Sino-Kadazandusun Sabah untuk cawangan bandaraya.
Kini Terence telah lompat parti dan memilih Anak Negeri malah telah menjadi Ketua Penyelaras Anak Negeri cawangan Sepanggar sejak tahun lalu.