JANNIE LASIMBANG

Maklumat Diri
Asal
Penampang Sabah
Tarikh lahir
29/11/1962

Beliau lahir di Penampang Sabah, yang kini berusia 56 tahun terkenal dengan kesungguhan dan kelantangannya memperjuangkan hak demokrasi, membela kepentingan Sabah dan kepentingan Orang Asal sehingga ke peringkat antarabangsa.

Penglibatannya dalam bidang kesukarelawanan menjadikannya amat memahami dan dekat dengan permasalahan rakyat dan kumpulan masyarakat yang tertindas.

Antara jawatan sukarela yang pernah dianggotai ialah  Chairperson-Rapporteur/Ahli, Mekanisme Pakar Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai Hak Orang Asal (EMRIP) (2008 – 2014), Pengerusi bersama, TILCEPA, Suruhanjaya Dasar Alam Sekitar, Ekonomi & Sosial IUCN (2008 – 2010), dan Ahli Penasihat Pengurusan Sumber Alam, Inisiatif Serantau Orang Asal UNDP.

Jannie telah memegang dan bergiat dalam pelbagai pertubuhan hak asasi manusia, kebudayaan dan badan-badan pemerkasaan wanita dan ekonomi Orang Asal.

 

Pencapaian
Kerjaya:
  • Pembantu Menteri Undang-undang dan Hal Ehwal Anak Negeri Sabah
  • Pembangun Masyarakat di PACOS Trust (1987 – 2000)
  • Setiausaha Agung Pakatan Orang Asal Asia (2000-2008)
  • Ketua Sekretariat/Setiausaha Agung Jaringan Orang Asal SeMalaysia (2013 – 2016)
  • Pesuruhjaya Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) (2010-2013)
  • Penyelidik, Institut Analisis Polisi Awam Penganjur Komuniti/Pelatih (1985-1987)

Jawatan dalam parti:

  • Ketua Wanita DAP Sabah (2018-kini)

 

Pendidikan:
  •  Sekolah Rendah St Joseph
  • Sekolah Menengah St Michael
  • Kolej Teknikal Redbridge, United Kingdom (UK)
  • Sarjana Muda Sains Perubatan Biokimia di Canterbury, University of Kent, United Kingdom
Penglibatan Politik
Manifesto:
Parti Gabungan: WARISAN Plus
Parti: WARISAN
Pilihan Raya Umum Terbaru: PRN DUN Sabah 16

Kerusi Bertanding PARLIMEN: Tiada
Kerusi Bertanding DUN:
  • PRU14- P174 Penampang N19 Kapayan
  • PRN DUN Sabah 16- P174 Penampang N25 Kapayan