Datuk Goh Fah Shu @ Francis Goh menetap di Inanam, Kiansom Country Height selama 16 tahun dan neneknya merupakan seorang Dusun tulin yang berasal daripada Kampung Kironggu.
Francis yang juga bekas ketua bahagian MCA Kapayan yakin ada kemampuan yang diperlukan mewakili dan memimpin Inanam meskipun berdepan pertandingan 10 penjuru bagi merebut kerusi Inanam.
Beliau yang juga merangkap Penasihat Parti Gagasan Rakyat Sabah (GAGASAN) sebelum ini bertanding atas tiket Parti Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kapayan pada pilihan raya lalu namun tewas.
Beliau juga merupakan bekas Timbalan Pengerusi MCA Sabah sudah lama berkhidmat untuk masyarakat dan melibatkan diri dalam aktiviti membela rakyat.