EWON BENEDICK

Ewon Benedick sah memenangi kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Menurut keputusan rasmi, beliau yang juga penyandang Parlimen Penampang meraih 29,066 undi meninggalkan pencabarnya yang lain dengan majoriti undi sebanyak 14,410.

Beliau dilantik sebagai Menteri Pembangunan Usahwan dan Operasi.

Beliau berketurunan etnik Kadazan.

Datuk Ewon Benedick merupakan penyandang ADUN Kadamaian setelah menang Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) Sabah dan bertanding kembali pada Pilihan Raya Negeri Sabah kali ini.

Namun kali ini, beliau bertanding atas tiket Pertubuhan Pasokmomogon Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO) setelah keluar dari Barisan Nasional (BN).

Naib Presiden UPKO ini turut menyokong Parti Warisan Sabah.

Beliau juga Ketua UPKO Kota Belud adalah bekas Menteri Kementerian Pembangunan Luar Bandar.

Pada PRU14, Ewon memenangi DUN itu atas tiket BN, selepas menewaskan empat calon lain iaitu Rubbin Guribah calon Parti Solidariti Tanah Airku (STAR); Lukia Indan (PKR), Satail Majungkat (Pas) dan calon Parti Cinta Sabah (PCS) Mail Balinu.

UPKO adalah rakan sekutu Parti Warisan Sabah (Warisan) atau dikenali sebagai Warisan Plus, selain DAP, PKR dan Parti Amanah Negara (Amanah).

Pada PRU15, Ewon mewakili Pakatan Harapan memenangi kerusi Parlimen Penampang dengan majoriti 14,410 undi, mengalahkan penyandang Datuk Darell Liking daripada Parti Warisan dalam saingan empat penjuru. 

Pencapaian
Kerjaya:
  • Menteri Pembangunan Usahwan dan Operasi (2022)
  • Bekas Menteri Kementerian Pembangunan Luar Bandar (2018-2020)
  • Ahli Parlimen Penampang (2022)

Jawatan dalam politik:

  • Naib Presiden Pertubuhan Pasokmomogon Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO) (2018-kini)
  • Ketua UPKO Kota Belud (2013-2022)
  • Bekas ADUN Kadamaian (2020)
  • Ketua Komulakan UPKO (2006-2018)
Pendidikan:
  • Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer (Pembangunan Perisian) Universiti Teknikal Malaysia Melaka (2002-2005)
  • Kolej Matrikulasi Ibukota Kinabalu (2001–2002)
  • Sekolah Menengah Kebangsaan St Micheal, Penampang (1999-2000)
Penglibatan Politik
Manifesto:
Parti Gabungan: Pakatan Harapan
Parti: UPKO
Pilihan Raya Umum Terbaru: PRU15

Kerusi Bertanding PARLIMEN:
  • PRU15- P174 Penampang

Kerusi Bertanding DUN:
  • PRU14- P169 Kota Belud N7 Kadamaian
  • PRN DUN Sabah 16- P169 Kota Belud N11 Kadamaian