Kapt (B) Wan Marzudi Wan Omar adalah calon Gerakan Tanah Air (GTA) mewakili Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) bertanding di kerusi Parlimen P28 (PASIR PUTEH) dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).
Beliau merupakan Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Penaja Pejuang Kelantan.
Sebelum menyertai Pejuang, beliau adalah ahli Pertubuhan Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).
Dalam PRU Ke-14, beliau bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) N31 Semerak, Kelantan atas tiket Pakatan Harapan yang menggunakan logo Parti Keadilan Rakyat (PKR). Beliau tewas kepada calon-calon Parti Islam Se-Malaysia (Pas), Wan Hassan Wan Ibrahim dan Barisan Nasional (BN), Zawawi Othman.