JULITA MOJUNGKI

Julita Mojungki berkelulusan Sarjana Pengurusan Pembangunan dari AIM Filipina dan Sarjana Muda Sains Pembangunan dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Seorang pemimpin yang komited, dedikasi dan berjiwa rakyat. Beliau mula bertugas sebagai ketua bahagian pembangunan sumber manusia dengan sebuah syarikat swasta dan berpengalaman sebagai seorang pensyarah di kolej swasta di Kota Kinabalu Sabah.

Dalam dunia kebajikan, beliau berkhidmat sebagai pegawai pembangunan masyarakat Matunggong dan telah banyak membantu kampung-kampung sekitar Matunggung melalui program yang dirancang bersama pejabat wakil Parlimen P168 Kota Marudu.

Beliau yang bekerja sendiri pernah dilantik sebagai setiausaha politik kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri pada 2004.

Pernah menjadi setiausaha politik kepada Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) pada 2008.

Pencapaian
Kerjaya:
  • Bekerja sendiri
  • Setiausaha Politik Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) (2008-2012)
  • Setiausaha Politik Menteri di Jabatan Perdana Menteri (2004-2008).

Jawatan dalam parti:

  • Ketua Bahagian PBS Matunggong (2018-kini)
  • Ahli Majlis Tertinggi PBS (2018-kini)
Pendidikan:
  • Sarjana Pengurusan Pembangunan dari AIM Filipina
  • Sarjana Muda Sains Pembangunan dari Universiti Kebangsaan Malaysia
Penglibatan Politik
Manifesto:
Parti Gabungan: Parti Bersatu Sabah
Parti: PBS
Pilihan Raya Umum Terbaru: PRN DUN Sabah 16

Kerusi Bertanding PARLIMEN: Tiada
Kerusi Bertanding DUN:
  • PRU14- P168 Kota Marudu N4 Matunggong
  • PRN DUN Sabah 16- p168 Kota Marudu N5 Matunggong