HASMORNI TAMBY

Hasmorni Tamby adalah Exco Keadilan Wanita Pusat bekas Ketua Wanita Keadilan Negeri Melaka dari Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Beliau juga merupakan bekas penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Linggi, jawatan yang disandangnya selepas Pakatan Harapan (PH) membentuk kerajaan negeri di Melaka selepas Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-14.

Dalam PRU-14, beliau bertanding di DUN Kuala Linggi namun tewas kepada calon Barisan Nasional (BN), Ismail Othman.

Dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka Ke-15, beliau bertanding di kerusi DUN N11 Sungai Udang dalam saingan empat penjuru melibatkan calon-calon dari BN, Perikatan Nasional (PN) dan Bebas.

 

 

Pencapaian
Kerjaya:
  • Exco Wanita Keadilan Pusat Parti Keadilan Rakyat (PKR)
  • Bekas Penyelaras N01 DUN Kuala Linggi Melaka
  • Usahawan
Pendidikan:
  • Diploma profesional dalam pengurusan perniagaan keusahawanan, Universiti Malaya (2009)
Penglibatan Politik
Manifesto:
Parti Gabungan: Pakatan Harapan
Parti: PKR
Pilihan Raya Umum Terbaru: PRN DUN Melaka

Kerusi Bertanding PARLIMEN: Tiada
Kerusi Bertanding DUN:
  • PRU14- P134 Masjid Tanah N1 Kuala Linggi
  • PRN DUN Melaka- P136 Tangga Batu N11 Sungai Udang