PETER ANTHONY

Maklumat Diri
Tarikh lahir
24/2/1971

Penyandang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Melalap, Datuk Peter Anthony dari Parti Warisan Sabah adalah dari etnik Dusun asal Kimanis.

Pada tahun 2012, Peter Anthony telah dilantik sebagai Presiden Pertubuhan Kadazan Dusun Murut Malaysia Football Club (KDMM) yang baru menggantikan John Ambrose.

Antara kejayaan terbesar beliau sepanjang menggalas jawatan Presiden KDMM ialah mengasaskan Liga Bola Sepak KDMM sejak 2014 yang akhirnya membawa kepada penubuhan Kelab Bola Sepak KDMM (KDMM FC) pada tahun 2016.

KDMM FC dibarisi oleh Ian James Wong, Rezuan Radzy, Zuraindey Jumai, dan Peter Anthony sendiri pernah beraksi di Liga FAM Divisyen 3 (2016-2017).

Pertubuhan KDMM dilihat lebih progresif sejak berada di bawah kepimpinan Peter Anthony pada tahun 2012 hingga ke hari ini melalui gerak kerja pembangunan masyarakat di pedalaman Sabah khususnya di kawasan yang didiami oleh majoriti kaum Kadazan, Dusun, dan Murut.

Peter Anthony telah diberi mandat sebagai Presiden Sabah FA yang baru pada Ogos 2018 berikutan perletakan jawatan oleh presidan sebelumnya, Alijus Sipil.

Manakala pada Pilihan Raya Umum DUN Sabah Ke 16,beliau daripada Warisan Plus menang dengan mendapat 5,245 undian ketika menentang Jamawi Ja`afar daripada parti Barisan Nasional yang mendapat 3,526 undi. Majoriti undi sebanyak 1,719.

Pencapaian
Kerjaya:
  • Menteri Pembangunan Infrastuktur Sabah (2018-kini)
  • ADUN Melalap

Jawatan disandang dalam politik:

  • Naib Presiden Parti Warisan Sabah (2016-kini)

Penglibatan dalam pertubuhan sukarela:

  • Penaung Persatuan Komposer & Pembikin Video Muzik Sabah (SCORE)
  • Presiden KDMM (2012)
  • Presiden Sabah FA (2018)

 

 

Penglibatan Politik
Parti Gabungan: WARISAN Plus
Parti: WARISAN
Pilihan Raya Umum Terbaru: PRN DUN Sabah 16

Kerusi Bertanding PARLIMEN: Tiada
Kerusi Bertanding DUN:
  • PRU14- P181 Tenom N35 Melalap
  • PRN DUN Sabah 16- P181 Tenom N42 Melalap

Artikel Berkaitan PETER ANTHONY

Video Berkaitan PETER ANTHONY