Tan Lee Fatt merupakan penyandang Dewan Undangan Negeri (DUN) Likas merangkap penolong setiausaha DAP selama dua tahun berkhidmat sekali lagi diberi tanggungjawab menggalas tugas bertanding pada kerusi tersebut bagi Pilihan Raya Negeri Sabah kali ke 16.
Sebelum ini, beliau memperolehi kemenangan 9,163 selepas menewaskan Chin Shu Ying dari Parti Barisan Nasional (BN) dan Yong We Kong (SAPP) pada Pilihan Raya Umum ke 14.
Kali ini, beliau dari DAP menggunakan logo Warisan bersaing enam penjuru melibatkan parti PPRS, Bebas, LDP, BN, USNO dan PCS.