JO-ANNA SUE HENLEY RAMPAS

Jo-Anna yang diberi gelaran "beauty with brain" salah seorang calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Kiulu (Sabah) yang berasal dari sebuah perkampungan kecil yang terletak tidak jauh dari Kota Kinabalu, iaitu Kiulu.

Mempunyai darah kacukan Inggeris dan suku kaum kadazan, jika dilihatkan pada wajahnya yang jelita pasti ramai yang terpikat.

Beliau pernah menyertai pertandingan ratu cantik dan ditabalkan sebagai Ratu cantik Unduk Ngadau pada tahun 2007.

Keterlibatan Jo-Anna dalam kancah politik bukanlah sesuatu yang asing kerana ahli keluarga beliau merupakan salah silah dalam kancah politik ini. 

Bukan mudah untuk gadis ini meneruskan perjuangan dalam bidang politik kerana beliau meneriman banyak kriktikan daripada penduduk tempatan yang mengatakan bahawa beliau hanya berada di Kiulu kerana pilihan raya yang bakal tiba.

Namun sebaliknya, beliau menjelaskan bahawa beliau sentiasa ingin pulang ke kampung dan masih mempunyai saudara di Kiulu tempat beliau membesar.

Pencapaian
Kerjaya:
  • Calon Parti Warisan Sabah bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kiulu
  • Timbalan Ketua Wirawati
  • Setiausaha Politik Ketua Menteri Sabah
Pendidikan:
  • Sarjana Muda Undang-Undang  (University of London)
  • Sarjana Undang-Undang di Antarabangsa (University of the West of England)
Penglibatan Politik
Manifesto:
Parti Gabungan: Warisan
Parti: WARISAN
Pilihan Raya Umum Terbaru: PRU15

Kerusi Bertanding PARLIMEN:
  • PRU15- P170 Tuaran

Kerusi Bertanding DUN:
  • PRU14- P170 Tuaran N11 Kiulu