MOHD TARMIZI YAHAYA

Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) bagi Dun Panching telah menyaksikan pertembungan empat penjuru antara calon Barisan Nasional (BN), Gerakan Tanah Air (GTA), Parti Perikatan Rakyat (PKR) dan Perikatan Nasional(PN).

Ustaz Mohd Tarmizi merupakan calon PAS bertanding bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) N19 Panching pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-15 menang 15,167 undian dengan majoriti undian sebanyak 7,136.

Ustaz Mohd Tarmizi Yahaya adalah ahli politik Melayu dari Parti Islam Se-Malaysia (Pas). Beliau merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Panching, Pahang bertanding di atas tiket Pas dalam Pilihan Raya Umum Malaysia ke-14.

Dalam gabungan Perikatan Nasional negeri Pahang, beliau dilantik sebagai Ketua penerangan Perikatan Nasional  Pahang.

Pada peringkat parti beliau menyandang jawatan Yang Dipertua Pas Paya Besar.

Pencapaian
Kerjaya:
  • Pendidik

Jawatan dalam parti:

  • Yang Dipertua Pas Paya Besar

Jawatan dalam agensi kerajaan:

  • Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Panching
Pendidikan:
  • Ijazah Pengurusan Universiti Utara Malaysia

 

Penglibatan Politik
Manifesto:
Parti Gabungan: Parti Perikatan Nasional
Parti: PAS
Pilihan Raya Umum Terbaru: PRU15

Kerusi Bertanding PARLIMEN: Tiada
Kerusi Bertanding DUN:
  • PRU14- P84 Paya Besar N19 Panching
  • PRU15- P84 Paya Besar N19 Panching